Saturday, January 22, 2011

Bihun Kungfu

Ooooppsss.. jangan salah faham.. kita bukannya nak berkungfu kat dapur sebab nak masak bihun ni ye! Ha-ha. Actually I pun taktau mana datangnya nama 'bihun kungfu' and what is so kungfu-ish about it.. What I know is, ianya senang di masak, sedap dan yang penting sekali, sihat, seimbang dan berkhasiat sebab 1) direbus dan 2) banyak sayur-sayuran!



Bahan-bahan:
500gm bihun (or ikut suka hati)
2 biji telur (dipukul)
3 cawan air
2 ulas bawang putih (diketuk)
150gm isi ayam dicincang
Bebola ikan (ikut suka hati nak taruk berapa banyak; kalau tak nak masukkan pun takpe)
Sawi
Lobak merah (hiris nipis)
Tomato (belah empat)
Jagung muda (kalau ada)
4 - 5 biji cili padi (ikut kepedasan)
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air sejuk (untuk memekatkan kuah)
1 kiub pati ayam
Secubit garam

Cara-cara:

  1. Celur bihun and put aside.
  2. Panaskan air dan masukkan bawang putih, ayam dan bebola ikan. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, cili padi, kiub pati ayam dan garam. 
  3. Bila sayur lembut, masukkan air tepung jagung. Kacau.
  4. Masukkan telur dan kacau rata.
  5. Biar 1 - 2 minit dan tuang kuah ke atas bihun sewaktu menghidang.
*Ada 2 variasi untuk menyediakan menu ni. Untuk variasi kedua, selepas bihun dicelur, celupkan ke dalam telur yang dipukul dan gorengkan tanpa minyak. Step yang lelain (kecuali no. 4, sebab tak payah nak letak telur lagi) sama je.

*Bihun tu boleh juga digantikan dengan kueyteow/mee kalau nak.

Selamat mencuba!

No comments: