Saturday, February 19, 2011

Chicken And Sausage Pizza

Dinner semalam teringin nak makan pizza. Nak keluar, malas. Nak tak nak, buatlah sendiri yerrr. Hasilnya, not bad! ^^



Ingredients:
Base:
2 cawan tepung
1 cawan air
Secubit garam
1 sudu yis
2 sudu minyak masak/olive oil
2 sudu susu tepung/segar

Toppings:
Sos pasta/tomato puree
100gm isi ayam di cincang
100gm sosej di potong nipis
Bawang besar di potong bulat
Mixed veggies
Mozzarella cheese
Mayonis/Thousand island
Mixed herbs
Dry parsley
Black pepper

Methods:

  1. Panaskan oven (180'c).
  2. Campurkan semua bahan untuk membuat base ke dalam bekas. Kacau sebati. Make sure jangan terlalu lembik. If doh dah okay, put aside dan tutup sehingga doh naik sekali ganda - maybe around 30 minutes to one hour.
  3. Once dah naik, canaikan doh ikut setebal mana yang dikehendaki (I prefer nipis). Letak atas dulang pembakar yang dah di sapu butter/di spray minyak/aluminium foil. Cucuk sedikit dengan garpu supaya angin keluar (hehe). Bakar dalam 8 minit.
  4. Keluarkan base.
  5. Sapukan sos pasta atau tomato puree ke atas base. 
  6. Taburkan isi ayam, sosej, mixed veggies dan bawang besar.
  7. Lepas tu, letakkan mayonis, mixed herbs, black pepper and dry parley. 
  8. Akhir sekali taburkan mozzarella cheese.
  9. Masukkan lagi sekali ke dalam oven dan kali ni bakar dalam 20 minit.
Enak di makan panas-panas bersama mushroom soup! Bon appetit :)

p/s: This recipe makes 2 regular-sized pizzas.

Tuesday, February 15, 2011

Bubur Cha Cha

Sekarang ni musim hujannnn je kan.. I'm not complaining, in fact, bersyukur sangat sebab sejukkk sikit bumi Allah ni :) Petang ni pun hujan lebat so automatically rasa lapar. Haha. Typical. Godek punya punya godek jumpa sepeket cha-cha.. apa lagi kan? Buat bubur cha cha la!

Fresh from the pot!

Bahan-bahan:
Secawan cha cha
1/2 cawan gula
1 cawan air
1 1/2 cawan santan (low fat/cholestrol)
Sedikit gula melaka
Secubit garam
Daun pandan, di simpul
*Sagu mata ikan (jikalau mahu)

Cara-cara:
  1. Rebus cha cha dalam 5 ke 10 minit sehingga kembang. Toskan.
  2. In a separate pot, didihkan air, gula dan santan.
  3. Akhir sekali masukkan gula melaka, garam, daun pandan dan cha-cha.
  4. Kacau rata dan masak sehingga pekat.. Siap!